Persatuan Penduduk Islam & Majlis Ketua Komuniti Taman Rambai-Taman Nenas Kulim dengan segala hormatnya menjemput tuan-tuan dan puan-puan penduduk Islam Taman Rambai, Taman Nenas, Taman Ceri hadir ke majlis Jamuan Hari Raya pada:
Tarikh: 1 Oktober 2010 (Jumaat)
22 Syawal 1431H
Masa: 08:15-10:30 mlm
Tampat: Perkarangan Surau Nurul Iman, Taman Rambai, Kulim
Aturcara majlis:
8:15mlm - Kehadiran para tetatmu & Solat Isyak Berjemaah
8:45mlm - Doa Selamat
- Ucapan Aluan YDP PPITRTN
- Ucapan YB Ustazah Aishah Ghazali
9:15mlm - Jamuan Hari Raya
Pakaian: Baju Melayu bersampin (lelaki), Baju Kurung (wanita)
Wednesday, September 22, 2010
Monday, August 16, 2010
Majlis Berbuka Puasa Bersama Imam Muda Asyraf & IM Aran
Ahad 15-Ogos-2010 - Majlis Berbuka Puasa & Tahlil di Surau Nurul Iman anjuran keluarga En. Samad semalam telah mendapat tetamu istimewa, iaitu kehadiran juara rancangan pencarian Imam Muda Astro Oasis dan juga Imam Muda Aran. Turut hadir adalah ahli keluarga IM Asyraf termasuklah ibubapa, isteri, bapa mertua, adik-adik beliau.
IM Aran & IM Asyraf & Tn YDP kita
IM Asyraf juga telah mengimamkan solat magrib semalam.
Gambar kenangan semua yang dihadir bersama IM. (Depa minta budak kecik dok depan.... !:))
Berikut adalah beberapa gambar dari majlis semalam.
Sekitar gambar-gambar kenangan
Diberitakan isteri, ibu IM Asyraf kena interview sakan dek kaum muslimah kita...!
Salam-salam sebelum berpisah, IM Asyraf & IM Aran berangkat ke Masjid Taman Kota Kenari untuk memenuhi jemputan Solat Tarawih & Tazkirah, sebelum berangkat balik ke KL. Terima kasih kepada rombongan Imam Muda kerana sudi hadir ke majlis yang tak seberapa kami ini.
Rombongan IM kata terima kasih balik... hehe! Depa kata, baguih la taman kita, menghidupkan suasa macam di kampung-kampung di bulan Ramadhan. Depa rasa macam mai kampung, bukan taman....
Insya-Allah, lain kali IM mai Kulim, kita ajak depa mai surau kita lagi...
Anak saya kata, comelnya muka IM Aran ni... hehe!

Semoga kehadiran mereka dapat memberi Idol yang baik kepada anak-anak kita. Mungkin satu hari nanti kita bawa lagi depa mai bagi motivasi ringkas kat anak-anak kita semasa kelas Fardhu Ain..
Seperti biasa, kalu nak gambar original size untuk printing, sila hubungi En. Kamarul. Gambar-gambar lain boleh di dapati di web album kita iaitu di
http://picasaweb.google.com/tamanrambainenas/MajlisBerbukaPuasaBersamaImamMudaAsyrafIMAran#
http://picasaweb.google.com/tamanrambainenas/MajlisBerbukaPuasaBersamaImamMudaAsyrafIMAran#
Sunday, August 15, 2010
Al-Fatihah: Perginya Pak Hassan
Kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian orang lama di taman kita, kali ini adalah Pak Hassan, pada ketika jemaah sedang berterawih Khamis 12-Ogos-2010 iaitu malam Jumaat lepas.
Jenazah Pak Hassan telah disembahyangkan dan disemadikan di perkuburan Masjid Kilang Lama, Kulim pada jam 12pm Jumaat lepas.
Takziah diucapkan kepada keluarga Pak Hassan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Jenazah Pak Hassan telah disembahyangkan dan disemadikan di perkuburan Masjid Kilang Lama, Kulim pada jam 12pm Jumaat lepas.
Takziah diucapkan kepada keluarga Pak Hassan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Wednesday, August 11, 2010
Aktiviti-aktiviti di Bulan Ramadhan
- Solat Tarawih 20 rakaat setiap malam. Pada malam-malam tertentu akan diadakan tazkirah, maka pada malam itu, solat Tarawih hanya 8 rakaat sahaja. Jadual tazkirah boleh disemak di papan notis surau.
- Tadarus Al-Quran selepas solat Tarawih
- Majlis Berbuka Puasa setiap Ahad & Khamis sahaja, terbuka kepada semua. Bermula pada Ahad ini. Tuan-puan boleh menaja majlis ini ataupun, pakat-pakat hulurkan sumbangan kepada surau. Pihak surau boleh menyediakan makanan dll.
- Kutipan untuk pengubahsuaian surau masih dibuka, kita memerlukan ~RM5000 untuk membina pintu pagar baru, tempat wuduk wanita dll. Sila jumpa mana-mana AJK atau masukkan sumbangan anda ke tabung surau.
- Kepada yang ingin mendapat maklumat aktiviti surau melalui email, sila hantar email anda kepada ppitrtnkk@gmail.com.
Friday, July 30, 2010
Wakaf-Derma Pembinaan Di Surau
Wakaf-Derma bagi pembinaan pintu pagar, kanopi dan tempat wuduk wanita dibuka kepada semua. Sumbangan dari anda diperlukan, anggaran kos ialah RM5000.
Sila berjumpa dengan Bendahari Cikgu Jaafar untuk memberi sumbangan anda atau mana-mana AJK. Jazakallahukhairankathira.
Sila berjumpa dengan Bendahari Cikgu Jaafar untuk memberi sumbangan anda atau mana-mana AJK. Jazakallahukhairankathira.
Program Kitar Semula 31-Julai-2010
Jangan lupa membawa barang-barang terpakai (baru pun tak pa!) yang boleh dikitar semula ke surau kita untuk dijual dan hasil jualan akan didermakan ke tabung surau.
Tarikh: 31-Julai-2010
Hari: Sabtu
Masa: 9am-11am
Tarikh: 31-Julai-2010
Hari: Sabtu
Masa: 9am-11am
Muslimah PPITRTN
Nampaknya kaum muslimah juga telah berjaya meningkatkan ukhwah sesama mereka, lebih-lebih lagi selepas program gotong-royong baru-baru ini. Nampaknya program gotong-royong kita berjaya mencapai objektifnya.
Siap dengan 'jersey' hijau-biru lagi untuk pasukan mereka ni... :)
Tahniah kepada Kak Sal kita yang menjadi ketua serta semua kaum ibu di Taman Rambai Taman Nenas ini. Mereka telah ramai-ramai datang membantu program gotong royong membersihkan surau pula pada minggu lepas...
Subscribe to:
Posts (Atom)

