Monday, August 16, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Imam Muda Asyraf & IM Aran

Ahad 15-Ogos-2010 - Majlis Berbuka Puasa & Tahlil di Surau Nurul Iman anjuran keluarga En. Samad semalam telah mendapat tetamu istimewa, iaitu kehadiran juara rancangan pencarian Imam Muda Astro Oasis dan juga Imam Muda Aran. Turut hadir adalah ahli keluarga IM Asyraf termasuklah ibubapa, isteri, bapa mertua, adik-adik beliau.

IM Aran & IM Asyraf & Tn YDP kita



IM Asyraf juga telah mengimamkan solat magrib semalam.



Gambar kenangan semua yang dihadir bersama IM. (Depa minta budak kecik dok depan.... !:))

Berikut adalah beberapa gambar dari majlis semalam.

Sekitar gambar-gambar kenangan



Diberitakan isteri, ibu IM Asyraf kena interview sakan dek kaum muslimah kita...!


Salam-salam sebelum berpisah, IM Asyraf & IM Aran berangkat ke Masjid Taman Kota Kenari untuk memenuhi jemputan Solat Tarawih & Tazkirah, sebelum berangkat balik ke KL. Terima kasih kepada rombongan Imam Muda kerana sudi hadir ke majlis yang tak seberapa kami ini.

Rombongan IM kata terima kasih balik... hehe! Depa kata, baguih la taman kita, menghidupkan suasa macam di kampung-kampung di bulan Ramadhan. Depa rasa macam mai kampung, bukan taman....

Insya-Allah, lain kali IM mai Kulim, kita ajak depa mai surau kita lagi...



Anak saya kata, comelnya muka IM Aran ni... hehe!




Semoga kehadiran mereka dapat memberi Idol yang baik kepada anak-anak kita. Mungkin satu hari nanti kita bawa lagi depa mai bagi motivasi ringkas kat anak-anak kita semasa kelas Fardhu Ain..

Seperti biasa, kalu nak gambar original size untuk printing, sila hubungi En. Kamarul. Gambar-gambar lain boleh di dapati di web album kita iaitu di
http://picasaweb.google.com/tamanrambainenas/MajlisBerbukaPuasaBersamaImamMudaAsyrafIMAran#


No comments:

Post a Comment