Friday, July 30, 2010

Wakaf-Derma Pembinaan Di Surau

Wakaf-Derma bagi pembinaan pintu pagar, kanopi dan tempat wuduk wanita dibuka kepada semua. Sumbangan dari anda diperlukan, anggaran kos ialah RM5000.

Sila berjumpa dengan Bendahari Cikgu Jaafar untuk memberi sumbangan anda atau mana-mana AJK. Jazakallahukhairankathira.

Program Kitar Semula 31-Julai-2010

Jangan lupa membawa barang-barang terpakai (baru pun tak pa!) yang boleh dikitar semula ke surau kita untuk dijual dan hasil jualan akan didermakan ke tabung surau.

Tarikh: 31-Julai-2010
Hari: Sabtu
Masa: 9am-11am

Muslimah PPITRTN


Nampaknya kaum muslimah juga telah berjaya meningkatkan ukhwah sesama mereka, lebih-lebih lagi selepas program gotong-royong baru-baru ini. Nampaknya program gotong-royong kita berjaya mencapai objektifnya.

Siap dengan 'jersey' hijau-biru lagi untuk pasukan mereka ni... :)

Tahniah kepada Kak Sal kita yang menjadi ketua serta semua kaum ibu di Taman Rambai Taman Nenas ini. Mereka telah ramai-ramai datang membantu program gotong royong membersihkan surau pula pada minggu lepas...

Wednesday, July 28, 2010

Gotong Royong Membersihkan Surau

Alhamdulillah, kita telah berjaya beramai-rambai menjayakan program gotong royong pada Sabtu 24-Julai lepas bagi membersihkan surau kita, di samping itu aktiviti sebegini juga dapat mengeratkan lagi ukwah di kalangan kita.

Berikut adalah beberapa gambar semasa gotong royong tersebut.


Seperti biasa, lepas aktiviti mesti ada makan!

Gambar-gambar lain boleh didapati di laman web berikut:
Slide show gambar-gambar lain:





Wednesday, July 21, 2010

Takziah Kepada Keluarga En. Samad

Seluruh penduduk Islam Taman Rambai-Taman Nenas dikejutkan dengan berita kemalangan En. Samad & isteri Pn. Sowiyah padi tadi. Kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggangi mereka semasa dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Plaza Toll Permatang Pauh.

Kemalangan tiga buah motosikal itu telah meragut nyawa Pn. Sowiyah Saud, 50 tahun, seorang staff USM. Sementara itu, En. Samad pula dimasukkan ke Wad 7 Hospital Seb. Jaya setelah mengalami kecederaan di muka dan tangan beliau.

Jenazah Pn. Sowiyah selamat disembahyang & dikebumikan di Masjid Keladi, Kulim. Takziah diucapkan kepada keluarga En. Samad.

Sementara itu En. Samad dilaporkan dalam keadaan stabil, mengalami kecederaan di muka dan tangan. Berikut adalah gambar (ehsan Sdr Manan) keadaan beliau petang tadi, semasa dilawati di hospital oleh En. Ariffin, Hj Salleh,  En. Manan dll.

Majlis Tahlil telah diadakan di Surau Taman Rambai lepas Maghrib tadi, dan akan diadakan pada malam esok & lusa.














Gambar-gambar lain boleh didapati di album web kita di http://picasaweb.google.com/tamanrambainenas

Sunday, July 18, 2010

Ceramah Isra' Mikraj

Alhamdulillah, ramai hadir mendengar ceramah Isra' Mikraj malam Jumaat lepas, ceramah disampaikan oleh Utz Fauzi Tahir, lengkap dgn tanyangan slides, cukup berkesan dalam meningkatkan kefahaman tentang apa yang disampaikan.

Antara yang ditunjukkan ialah gambar Masjid al-Aqsa yang sebenar (seperti gambar di bawah ini), yang mana biasanya kita di'gambarkan' bahawa Masjid al-Aqsa yang berkibah kuning emas disebelah kanan dalam gambar di bawah. Tetapi, Masjid al-Aqsa sebenarnya de sebelah kiri gambar.


Inilah gambar sebenar Masjid al-Aqsa:




27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahaldan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.”



Semasa peristiwa Israk Mikraj ini, Rasulullah S.A.W. dibawa ke Sidratul Muntaha di langit ke tujuh. Slide di sebelah ini menceritakan apa yang dilalui Rasulullah semasa itu.















Sementara itu, gambar-gambar sekitar ceramah ini boleh dilayari di http://picasaweb.google.com/tamanrambainenas/CeramahIsraMikraj1572010#

Saturday, July 10, 2010

"Geng Baju Hijau" di Kenduri Rumah Cikgu Bakar Meh

Syabas kepada 'geng baju hijau (GBH)' :) kerana kekuatan ukhwah anda telah menjayakan tradisi gotong-royong dalam kenduri kahwin..... bukan senang nak jumpa dah zaman la ni.... di kampung-kampung pun payah jumpa.... 

Cerita benar! Ada satu makcik tu tanya kawan kita Din-Tmn Rambai3, "awat pekerja Anjal Catering ni tua-tua belaka", hehehe!.... 


Ini gambar masa clean-up:


TAMAT.....
Esok hari Ahad -- kita rehat la pulak....

Seperti biasa, gambar-gambar lain boleh didapati di online photo album kita





Friday, July 9, 2010

Gotong Royong Persiapan Masak Kenduri Rumah Cikgu Bakar Meh

Syabas kepada PPITRTN kerana buat gotong royong menjayakan kenduri Tn Hj Cikgu Bakar Meh. Ada gambar sikit-sikit, tapi gambar kurang elok lah... lain kali saya bawa kamera canggih sikit.

Gambar masa petang Jumaat - persiapan memasak.


In case tak clear, yang dok kait petai tu ialah Sdr Manan.... 

(sorry la kekawan sekalian, gambar tak elok sebab pakai hp saja.....)