Sunday, November 25, 2012

Doakan Agar Adik Ikram (anak Utz Malik) Segera Sembuh


Ini adalah gambar anak Ustaz Abdul Malik, Ikram, yang sekarang sedang dalam ICU di sebuah hospital di Kaherah, Mesir.

Ustaz Malik dan Ustazah berangkat ke Mesir pada Khamis lalu.

Alhamdulillah lepas solat maghrib Jumaat lalu, jemaah yang hadir telah membaca Yasiin dan mendoakan agar adik Ikram, yang baru sahaja beberapa bulan melanjutkan pelajaran di Mesir, akan segera sembuh.

Marilah kita sama-sama terus mendoakan buat adik Ikram.


Saturday, September 24, 2011

Jamuan Mesra Aidil Fitri pada 23 September 2011


Diucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin buat semua ahli kariah Taman Rambai – Taman Nenas – Taman Ceri, Kulim.

Moga Aidil Fitri ini akan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesame kita dgn kunjung mengunjung dan saling bermaafan.

Alhamdulillah, majlis hari raya ini bersama Persatuan Penduduk Islam Tmn Rambai – Tmn Nenas, yang telah mengadakan majlis Jamuan Mesra Aidil Fitri pada 23 September 2011 (Jumaat).

Gambar2 telah diupload ke album gambar PPITRTN di https://picasaweb.google.com/110343624716149874418/JamuanAndPerjumpaanRaya2011

Beberapa gambar semasa majlis yang meriah ini:





Thursday, September 22, 2011

Majlis Berbuka Raya & Khatam Quran

Ini adalah gambar-gambar semasa program Berbuka Puasa Raya (program berbuka puasa terakhir sebelum Raya) yang mana juga diadakan majlis Khatam Quran. 
Gambar-gambar lain boleh didapati di album gambar PPITRTN di
https://picasaweb.google.com/110343624716149874418/MajlisBerbukaPuasaKhatamQuran













Friday, September 9, 2011

Program Meraikan Anak-anak Yatim

Sumbangan diberikan kepada mereka... terima kasih Utz Dr Abdullah Muda atas kesudian jadi VIP

Anak-anak yatim yang diraikan bergambar bersama YDP dan SU






Thursday, September 8, 2011

Konvoi Bantuan Fakir Miskin Baling

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, program bantuan kepada fakir miskin di Baling telah diadakan sebelum Ramadan yang lalu, dengan harapan bantuan ini akan membantu mereka yang memerlukan di sepanjang bulan puasa dan juga dalam menghadapi Hari Raya.

Berikut ada antara gambar2 yang sempat diambil.

Gambar2 lain boleh didapati di album gambar PPITRTN di https://picasaweb.google.com/110343624716149874418/KonvoiBantuanFakirMiskinBaling.




Salah seorang penerima bantuan




Letih lepas angkut barang masuk dewan!
Di antara penerima bantuan


Antara barang2 yg dibawa

Depa jamu durian!!! (Tapi durian kat rumah utz Malik lagi sedap! hehe!)