Majlis Dialog Bersama Penduduk Taman Rambai, Taman Nenas, Taman Ceri, Taman Rambai 3 Bersama Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan syarikat e-Idaman diadakan semalam. Majlis ini dianjurkan lantaran berjayanya dialog yang sama pada tahun lepas.
Antara topik-topik hangat seperti biasa berkenaan dengan pungutan sampah domestik, cuci longkang, keselamatan dsb.
Sebenarnya ada perubahan hasil drpd dialog tahun lepas, kita ucapkan tahniah kepada En. Hamzah dari MPKK dan En. Kamal dari e-Idaman. Lepas ni kita harap tindakan susulan akan dibuat oleh MPKK dan e-Idaman supaya lebih memantapkan lagi perkhidmatan mereka dan juga seterusnya meningkatkan lagi kualiti hidup penduduk taman-taman ini selaras dengan slogan Kulim Sejahtera.
Semalam kita timbulkan sekali lagi soal keselamatan di jalan masuk melalui warung tepi stadium yang mana kerap berlaku kemalangan dan kesesakan parking kereta di situ. Pagi tadi ketika breakfast di tepi stadium tu, saya lihat ramai pegawai MPKK datang membuat tinjauan dan seterusnya berjumpa penjual surat khabar di tepi simpang yang mana banyak kereta berhenti di kepala simpang untuk membeli surat khabar langsung menganggu lalu-lintas. Saya lihat mereka cuba mencari idea kat mana nak ubah lokasi penjual surat khabar itu. Honestly, saya kagum dengan professionalisma yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai MPKK tersebut. Hopefully, kita dapat lihat tindakan yang seterusnya dari mereka. Lepas tu, pegawai2 tersebut dilihat membuat tinjauan di dalam taman. Tahniah kepada En. Hamzah.. you walk the talk... kata orang putih :).
Anyway, berikut ada beberapa gambar semasa majlis dialog semalam.
No comments:
Post a Comment