Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tinggal Dunia Ku....

Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Sunday, December 5, 2010

Wednesday, September 22, 2010

Jamuan Mesra Hari Raya Aidilfitri

Persatuan Penduduk Islam & Majlis Ketua Komuniti Taman Rambai-Taman Nenas Kulim dengan segala hormatnya menjemput tuan-tuan dan puan-puan penduduk Islam Taman Rambai, Taman Nenas, Taman Ceri hadir ke majlis Jamuan Hari Raya pada:

Tarikh: 1 Oktober 2010 (Jumaat)
            22 Syawal 1431H
Masa: 08:15-10:30 mlm
Tampat: Perkarangan Surau Nurul Iman, Taman Rambai, Kulim

Aturcara majlis:
8:15mlm - Kehadiran para tetatmu & Solat Isyak Berjemaah
8:45mlm - Doa Selamat
              - Ucapan Aluan YDP PPITRTN
              - Ucapan YB Ustazah Aishah Ghazali
9:15mlm - Jamuan Hari Raya

Pakaian: Baju Melayu bersampin (lelaki), Baju Kurung (wanita)

Monday, August 16, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Imam Muda Asyraf & IM Aran

Ahad 15-Ogos-2010 - Majlis Berbuka Puasa & Tahlil di Surau Nurul Iman anjuran keluarga En. Samad semalam telah mendapat tetamu istimewa, iaitu kehadiran juara rancangan pencarian Imam Muda Astro Oasis dan juga Imam Muda Aran. Turut hadir adalah ahli keluarga IM Asyraf termasuklah ibubapa, isteri, bapa mertua, adik-adik beliau.

IM Aran & IM Asyraf & Tn YDP kita



IM Asyraf juga telah mengimamkan solat magrib semalam.



Gambar kenangan semua yang dihadir bersama IM. (Depa minta budak kecik dok depan.... !:))

Berikut adalah beberapa gambar dari majlis semalam.

Sekitar gambar-gambar kenangan



Diberitakan isteri, ibu IM Asyraf kena interview sakan dek kaum muslimah kita...!


Salam-salam sebelum berpisah, IM Asyraf & IM Aran berangkat ke Masjid Taman Kota Kenari untuk memenuhi jemputan Solat Tarawih & Tazkirah, sebelum berangkat balik ke KL. Terima kasih kepada rombongan Imam Muda kerana sudi hadir ke majlis yang tak seberapa kami ini.

Rombongan IM kata terima kasih balik... hehe! Depa kata, baguih la taman kita, menghidupkan suasa macam di kampung-kampung di bulan Ramadhan. Depa rasa macam mai kampung, bukan taman....

Insya-Allah, lain kali IM mai Kulim, kita ajak depa mai surau kita lagi...



Anak saya kata, comelnya muka IM Aran ni... hehe!




Semoga kehadiran mereka dapat memberi Idol yang baik kepada anak-anak kita. Mungkin satu hari nanti kita bawa lagi depa mai bagi motivasi ringkas kat anak-anak kita semasa kelas Fardhu Ain..

Seperti biasa, kalu nak gambar original size untuk printing, sila hubungi En. Kamarul. Gambar-gambar lain boleh di dapati di web album kita iaitu di
http://picasaweb.google.com/tamanrambainenas/MajlisBerbukaPuasaBersamaImamMudaAsyrafIMAran#