Wednesday, August 11, 2010

Aktiviti-aktiviti di Bulan Ramadhan

  1. Solat Tarawih 20 rakaat setiap malam. Pada malam-malam tertentu akan diadakan tazkirah, maka pada malam itu, solat Tarawih hanya 8 rakaat sahaja. Jadual tazkirah boleh disemak di papan notis surau.
  2. Tadarus Al-Quran selepas solat Tarawih
  3. Majlis Berbuka Puasa setiap Ahad & Khamis sahaja, terbuka kepada semua. Bermula pada Ahad ini. Tuan-puan boleh menaja majlis ini ataupun, pakat-pakat hulurkan sumbangan kepada surau. Pihak surau boleh menyediakan makanan dll.
  4. Kutipan untuk pengubahsuaian surau masih dibuka, kita memerlukan ~RM5000 untuk membina pintu pagar baru, tempat wuduk wanita dll. Sila jumpa mana-mana AJK atau masukkan sumbangan anda ke tabung surau.
  5. Kepada yang ingin mendapat maklumat aktiviti surau melalui email, sila hantar email anda kepada ppitrtnkk@gmail.com. 

No comments:

Post a Comment