Kita menggunakan kemudahan percuma picasaweb.google.com untuk meletakkan album gambar di internet. Tuan-puan bolehlah melayari album gambar aktiviti-aktiviti penduduk Taman Rambai, Taman Nenas, Taman Rambai 3 dll di laman web berikut:
http://picasaweb.google.com/tamanrambainenas/
Friday, July 2, 2010
Thursday, July 1, 2010
Yasin, Tahlil & Kenduri Arwah - Lorong Rambai 7-8

Minggu ini adalah minggu terakhir jadual program bacaan Yasin, Tahlil & Kenduri Arwarh anjuran lorong-lorong di Taman-taman di sini. Terima kasih kepada semua lorong dan yang menyumbangkan masa dan tenaga menjayakan aktiviti ini, especially yang memasak & meyediakan makanan, yang tolong basuh/kemas lepas makan dan yang hadir meramaikan majlis ini yang diadakan 2 kali sebulan bermula bulan Januari 2010 lalu.
Kita mengalu-alukan sebarang anjuran peribadi atau berkumpulan selapas ini, sehinggalah ke bulan Ramadhan nanti. Sila hubungi mana-mana AJK.
Sunday, June 27, 2010
Gotong Royong Perdana Penduduk Bersama MPKK
26 Jun 2010 - Persatuan Penduduk Islam Taman Rambai Taman Nenas Kulim Kedah telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana Bersama Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) pada 26 Jun 2010. Program yang dihadiri oleh lebih 120 orang penduduk di Taman Rambai 1-2-3, Taman Nenas & Nenas Indah bersama lebih 30 orang staff dari MPKK dan Syarikat e-Idaman Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan pungutan sisa buangan dan kebersihan.
Program bermula awal pagi dengan aktiviti memasak & menyediakan makan pagi seterusnya diikuti oleh sarapan pagi di perkarangan Restoran Cuba Rasa dan juga taklimat dan ucapan ringkas oleh YDP PPITRTNKK En. Arifin Hambali dan juga oleh En. ------- dari MPKK.
Memotong Dahan Pokok:
Di antara gotong royong yang diadakan ialah memotong dahan pokok-pokok yang melindungi penglihatan pemandu di simpang-simpang, tahan pokok-pokok lama yang merbahaya dan juga membersihkan semak-samun di sekitar taman.
Membersihkan longkang:
Membersihkan Sampah & Tepi Jalan
Peninjauan Kawasan Sekitar Taman Oleh MPKK
Penglibatan Kaum Wanita & Kanak-kanak
Program ini juga mendapat penglibatan yang baik daripada kaum wanita dan kanak-kanak.
Alhamdulillah, program gotong royong ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan santapan tengahari, walaupun selepas itu pihak MPKK dan e-Idaman terus membersihkan dahan-dahan pokok dan sampah-sarap hingga ke petang and berterusan hingga hari Ahad.
PPITRTNKK mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua yang menjayakan program ini, terutamanya MPKK, e-Idaman dan BOMBA Kulim, Warung Teh-Tarik Lah, Khemah Jeff Catering, Durian Baling Utz Malik, serta tidak lupa semua penduduk taman yang hadir pada majlis ini. Insya-Allah, kita akan meneruskan program yang baik ini, disamping meningkatkan kebersihan dan keindahan taman-taman kita, ia juga meningkatkan ukhwah di antara semua penduduk tidak kira ahli PPITRTNKK atau tidak, juga meningkatkan perpaduan antara kaum hendaknya.
Berikut adalah antara gambar-gambar selepas gotong-royong ini.
Lagi gambar-gambar program ini boleh dilayari di sini - Klik Sini!
Subscribe to:
Posts (Atom)


