Thursday, September 8, 2011

Konvoi Bantuan Fakir Miskin Baling

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, program bantuan kepada fakir miskin di Baling telah diadakan sebelum Ramadan yang lalu, dengan harapan bantuan ini akan membantu mereka yang memerlukan di sepanjang bulan puasa dan juga dalam menghadapi Hari Raya.

Berikut ada antara gambar2 yang sempat diambil.

Gambar2 lain boleh didapati di album gambar PPITRTN di https://picasaweb.google.com/110343624716149874418/KonvoiBantuanFakirMiskinBaling.




Salah seorang penerima bantuan




Letih lepas angkut barang masuk dewan!
Di antara penerima bantuan


Antara barang2 yg dibawa

Depa jamu durian!!! (Tapi durian kat rumah utz Malik lagi sedap! hehe!)













Thursday, September 1, 2011

Ceramah Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA)

Pada 7 Julai lalu, Utz Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah sudi hadir mengadakan ceramah di surau taman rambai.














Monday, June 27, 2011

Gambar Sdr Idris Bab masa masuk hospital

Ni gambar buat depa2 yang tak sempat pi ziarah hari tu...


hehe! gambar yang ke-2 ni memang saya suruh dia berlakon sikit nak ambil gambar.. saya habaq nak masukkan dalam blog taman kita...

Alhamdulillah, hari ni dah sihat walafiat...

Majlis Dialog Bersama Penduduk Dengan MPKK dan e-Idaman

Majlis Dialog Bersama Penduduk Taman Rambai, Taman Nenas, Taman Ceri, Taman Rambai 3 Bersama Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan syarikat e-Idaman diadakan semalam. Majlis ini dianjurkan lantaran berjayanya dialog yang sama pada tahun lepas. 
Antara topik-topik hangat seperti biasa berkenaan dengan pungutan sampah domestik, cuci longkang, keselamatan dsb.

Sebenarnya ada perubahan hasil drpd dialog tahun lepas, kita ucapkan tahniah kepada En. Hamzah dari MPKK dan En. Kamal dari e-Idaman. Lepas ni kita harap tindakan susulan akan dibuat oleh MPKK dan e-Idaman supaya lebih memantapkan lagi perkhidmatan mereka dan juga seterusnya meningkatkan lagi kualiti hidup penduduk taman-taman ini selaras dengan slogan Kulim Sejahtera.

Sunday, June 26, 2011

Persiapan Majlis Dialog

Seperti biasa, penduduk taman kita hebat sekali bab gotong royong bila nak menjayakan program. Tahniah kepada semua...

Berikut adalah gambar2 pada petang sebelum program majlis dialog tersebut.