Sunday, June 27, 2010

Gotong Royong Perdana Penduduk Bersama MPKK


26 Jun 2010 - Persatuan Penduduk Islam Taman Rambai Taman Nenas Kulim Kedah telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana Bersama Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) pada 26 Jun 2010. Program yang dihadiri oleh lebih 120 orang penduduk di Taman Rambai 1-2-3, Taman Nenas & Nenas Indah bersama lebih 30 orang staff dari MPKK dan Syarikat e-Idaman Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan pungutan sisa buangan dan kebersihan.


Program bermula awal pagi dengan aktiviti memasak & menyediakan makan pagi seterusnya diikuti oleh sarapan pagi di perkarangan Restoran Cuba Rasa dan juga taklimat dan ucapan ringkas oleh YDP PPITRTNKK En. Arifin Hambali dan juga oleh En. ------- dari MPKK.


Memotong Dahan Pokok:
Di antara gotong royong yang diadakan ialah memotong dahan pokok-pokok yang melindungi penglihatan pemandu di simpang-simpang, tahan pokok-pokok lama yang merbahaya dan juga membersihkan semak-samun di sekitar taman.



Membersihkan longkang:



Membersihkan Sampah & Tepi Jalan




Peninjauan Kawasan Sekitar Taman Oleh MPKK



Penglibatan Kaum Wanita & Kanak-kanak

Program ini juga mendapat penglibatan yang baik daripada kaum wanita dan kanak-kanak.

Alhamdulillah, program gotong royong ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan santapan tengahari, walaupun selepas itu pihak MPKK dan e-Idaman terus membersihkan dahan-dahan pokok dan sampah-sarap hingga ke petang and berterusan hingga hari Ahad.




PPITRTNKK mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua yang menjayakan program ini, terutamanya MPKK, e-Idaman dan BOMBA Kulim, Warung Teh-Tarik Lah, Khemah Jeff Catering, Durian Baling Utz Malik, serta tidak lupa semua penduduk taman yang hadir pada majlis ini. Insya-Allah, kita akan meneruskan program yang baik ini, disamping meningkatkan kebersihan dan keindahan taman-taman kita, ia juga meningkatkan ukhwah di antara semua penduduk tidak kira ahli PPITRTNKK atau tidak, juga meningkatkan perpaduan antara kaum hendaknya.

Berikut adalah antara gambar-gambar selepas gotong-royong ini.


Lagi gambar-gambar program ini boleh dilayari di sini - Klik Sini!